suria

Rihanna Sakit Hati Lihat Drake, Nicki Minaj Bersama

Harapan Rihanna untuk kembali bersama dengan Drake musnah.

PENYANYI Rihanna dikatakan sakit hati melihat bekas kekasihnya, Drake yang kini sedang rapat dengan penyanyi Nicki Minaj.

Menerusi laporan Hollywoodlife.com, Rihanna masih berharap penyanyi rap tersebut akan kembali kepadanya selepas mereka berpisah pada tahun lalu.

Namun, harapannya musnah apabila Drake dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan Nicki Minaj.

Drake dan Nicki kini sedang menjalinkan hubungan cinta. 

"Segalanya tidak berakhir dengan baik apabila Rihanna dan Drake berpisah tahun lalu. Dia masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya itu. 

"Melihat Drake bersama Nicky membuatkan hatinya hancur tapi dia selalu ingat seperti Drake masih mahu bersamanya. Nampaknya musnahlah harapan Rihanna," kata sumber kepada Hollywoodlife.com. 

Namun, selepas menerima kenyataan tersebut, Rihanna kini lebih yakin untuk lupakan Drake. 

"Sekarang dia memang tidak ada rancangan untuk kembali bersama dengan Drake. Untuk pengetahuan, Nicki boleh ambil saja Drake. 

"Malah, Rihanna rasa mereka patut jadikan hubungan itu secara rasmi," tambah sumber.

Rihanna, Drake, Nicki Minaj

Artikel Lain