SATU kisah lucu terjadi saat SNSD melakukan program Girls Generation 10th Anniversary Liev pada Isnin lalu. Salah seorang anggota SNSD, iaitu Yuri tertidur sebelum berakhirnya program tersebut. Kejadian lucu bermula ketika SNSD sedang mempromosikan single terbaru mereka, iaitu 'All Night' yang menyaksikan anggota SNSD nampak bersemangat menyanyikan lagu bergenre rancak tersebut secara live. Program live streaming ini memaparkan selebriti Korea Selatan perlu bercerita sambil berbaring di atas tempat tidur. Aksi Yuri yang selamba tertidur dalam sebuah program live jadi bahan jenaka netizen. Melalui Liev, para selebriti boleh bercerita lebih santai dan bebas sekali gus mendekatkan diri kepada peminat. Apabila anggota SNSD lain bersemangat menyanyi, Yuri tiba-tiba berundur dari tempat tidur sambil mengelap matanya. Tidak berapa lama selepas itu, Yuri kembali ke tempat tidurnya. Lucunya, Yuri kembali bukan ikut bernyanyi tetapi terus berbaring sambil memejamkan mata. Ketika kamera menghala ke wajahnya, Yuri kelihatan betul-betul tertidur. SNSD kini sedang mempromosikan single terbaru mereka berjudul All Night. Mulutnya pun sedikit terbuka lagak seperti orang yang tertidur lena. Aksi Yuri tertidur ketika program itu mengundang reaksi netizen. Kebanyakan mereka tertawa melihat sikap selamba Yuri. "Ya Tuhan ini sungguh kelakar. Selamba dia boleh tertidur begitu dalam sebuah acara live!," kata netizen. Bahkan aksi Yuri tertidur dalam program itu turut disenaraikan menerusi halaman depan laman carian Naver. Mujur dia tidak tertidur lama. Sebelum program selesai, Yuri akhirnya terbangun dan ikut bergurau dengan anggota SNSD lain seperti tiada apa-apa berlaku.