PASANGAN serasi Song Joong Ki dan Song Hye Kyo membuat peminat-peminat mereka kecewa apabila mengumumkan sukar untuk berlakon bersama selepas berkahwin. Seperti dipetik Sompi, Song Joong Ki berkata, dia akan mempertimbangkan perkara berkenaan jika menerima tawaran yang betul-betul sesuai. "Bekerja bersamanya dalam sebuah produksi seperti dahulu perlu difikirkan terlebih dahulu. Cukup berat rasanya kerana ini adalah berkaitan pekerjaan," ujarnya. Pasangan ini bakal berkahwin pada 31 Oktober depan. Selain itu, bercakap tentang filem baharu Batteship Island, pelakon yang baharu sahaja tamat latihan kententeraan dan drama popular Descendeants Of The Sun ini mengakui sebati dengan watak tentera. "Saya rasa seperti sudah lima tahun sebagai ahli tentera iaitu sebagai tentera Korea Selatan termasuk lakonan dalam drama bersiri Descendeants Of The Sun," ujarnya.