suria

Hoshi (SEVENTEEN) Dipaksa Berehat Demi Kesihatan

Hoshi kini sedang dirawat di sebuah hospital.

AGENSI PLEDIS Entertainment mengumumkan salah seorang ahli SEVENTEEN iaitu Hoshi terpaksa direhatkan daripada aktiviti seni disebabkan keadaan kesihatannya.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman Facebook rasmi SEVENTEEN pada 19 Ogos lalu. 

Kumpulan tersebut sedang sibuk dengan konsert jelajah dunia pertama mereka iaitu Diamond Edge dan agensi memberitahu Hoshi tidak dapat ikut serta ke konsert yang akan diadakan di Chicago. 

Menerusi status di laman sosial tersebut, Hoshi disahkan mengidap penyakit radang usus dan sedang dirawat di sebuah hospital. 

Menurut agensinya lagi, Hoshi mahu turut serta setiap konsert tersebut namun disebabkan keadaan tidak mengizinkan dia terpaksa direhatkan.  

Hoshi, Seventeen

Artikel Lain