suria

G-Dragon Dedah Dirinya Kesunyian

G-Dragon mengakui dirinya kesunyian walaupun kehidupannya sebagai selebriti sering disanjung dan mendapat perhatian.

PEMINAT terkejut apabila penyanyi G-Dragon mengakui dirinya sering kesunyian walaupun melihat kehidupan bintang terkenal itu dikenali ramai dan sentiasa menjadi perhatian.

Lebih mengejutkan G-Dragon atau GD membuat pengakuan itu menerusi video secara langsung di Instagram yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

"Terus terang saya sangat sunyi sejak akhir-akhir ini. Banyak perkara yang berlaku dalam satu masa," katanya.

Dalam pada itu, GD juga mengakui dia sedang berperang dalam mencari dirinya sebagai Kwon Ji Yong (nama sebenarnya) dan pesona pentasnya.

Malah peminat turut terkejut dengan tindakan GD yang bersikap terbuka terhadap peminatnya kerana sebelum ini penyanyi itu lebih suka merahsiakan hal peribadinya.

Pada sidang video itu, GD turut mengulas mengenai dakwaan dia mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi CL dan memberitahu dia menganggap wanita itu sebagai adik kandungnya.

"Adakah saya saya suka CL? Sudah tentu. Kenapa anda bencikan dia ke? Adakah dia melakukan sebarang kesalahan?

"CL seorang yang baik dan pada masa sama sangat menjengkelkan! Saya anggap CL seperti adik kandung," katanya.

G-Dragon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain