NAMPAKNYA si jelita Angelina Jolie dilihat kembali terbuka berkongsi hal-hal kehidupannya. Melalui wawancara dengan Telegraph, ibu kepada enam cahaya mata ini tidak hanya menceritakan tentang dirinya sekarang, malah terkait juga kisah kegagalan rumah tangganya bersama Brad Pitt. Apa yang digambarkan dari media selama ini, Jolie disifatkan sebagai seorang wanita yang kuat dalam menghadapi berbagai masalah dalam kehidupannya. Kata Jolie, dia juga lemah seperti wanita lain yang hidup berpisah tanpa suami namun cuba mencipta bahagia dengan cara tersendiri. Hakikatnya, apa yang digambarkan itu tak jauh berbeza dengan kebanyakan wanita yang baru berpisah dari suaminya. Selain masalah rumah tangganya, Jolie juga harus menghadapi masalah berkaitan dengan keadaan kesihatannya. Pasti tidak mudah, kerana Jolie masih harus memantau keadaannya sebagai pesakit kanser dan hipertensi sejak setahun kebelakangan ini. Jolie pun ternyata melakukan hal yang sama dengan Brad untuk mengatasi dari masalah ini. Wanita 42 tahun itu sentiasa menyibukkan dirinya dengan berkarya dan kembali aktif di dunia seni lakonan.