suria

Park Bo Young Kembali Aktif Selepas Pembedahan

Park Bo Young kembali beraksi selepas dua bulan mengamali kecederaan buku lali.

PELAKON Park Bo Young kini sedang melalui proses terakhir rawatan pemulihan selepas menjalani pembedahan pada bulan Jun lalu. 

Park Bo Young mengalami kecederaan di buku lalinya pada April lalu dan dirawat selama dua bulan selepas selesai menjalani penggambaran drama Strong Woman Do Bong Soon.

Menurut sumber dari agensi Park Bo Young pada Rabu, dia sudah 90 peratus pulih dari pembedahan dan mula hadirkan diri ke anugerah Seoul Drama pada Khamis.

"Dia sudah pulih 90 peratus dari pembedahan, jadi dia sudah boleh menghadiri anugerah Seoul Drama pada Khamis. 

"Ketika dia cedera, pihak hospital menasihati dia untuk menjalani rawatan fizikal terapi," kata wakil agensi menerusi laporan Soompi

Sementara itu, Park Bo Young bakal menjalani penggambaran filem terbaru iaitu Your Marriage pada bulan ini.

Park Bo Young

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain