suria

Rambut Rosak Punca YoonA (SNSD) Gunting Pendek!

YoonA selesa dengan imej berambut pendek. Foto Instagram: @_yoonalimsnsd

MUNCUL dengan imej baharu, ahli kumpulan Girl Generation, YoonA memilih untuk bergaya dengan rambut pendek.

Menurut laman portal soompi, ketika temubual di sebuah acara, YoonA berkongsi alasan mengapa dia memilih untuk menggunting rambut dengan gaya begitu.

Penyanyi ini membuat keputusan memilih menggunting pendek rambutnya kerana mengalami masalah rambut rosak.

Penampilan YoonA dengan rambut pendek mencuri tumpuan peminat di laman sosial.

"Saya mengalami masalah rambut rosak dan membuatkan ia sukar didandan, jadi saya fikir lebih baik gunting pendek dan biarkan ia tumbuh dengan sihat semula.

"Bila tampil dengan imej baru ini, ramai pula yang beritahu ia cantik dan sesuai dengan saya.

"Saya rasa sudah terlalu lama berambut panjang, sesekali kena juga tukar imej supaya tidak bosan," katanya.

YoonA mahu rambutnya tumbuh sihat semula.

Sementara itu, YoonA berpendapat pertukaran imej rambutnya bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan ahli kumpulan SNSD.

Sebelum ini, Sooyoung, Seohyun dan Sunny juga pernah menggunting rambut pendek.

YoonA, SNSD

Artikel Lain