ANGGOTA kumpulan EXO, Chanyeol telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang membuat komen jahat di laman sosialnya, baru-baru ini. Empat individu telah dibawa ke Unit Siasatan Jenayah Siber di Balai Polis Seocho dan disiasat berhubung insiden itu. Menurut pihak polis, Chanyeol berkata, dia tidak akan bertoleransi dalam hal ini. Pihak polis yang kini dalam rangka siasatan berkata, individu berkenaan bakal berhadapan tindakan keranan membuat komen jahat kepada bintang itu. Empat individu berkenaan telah didakwa kerana menghantar komen bersifat gangguan seksual dan turut membuat komen jahat mengenai keluarga Chanyeol. Terdahulu, peminat Chanyeol telah bertindak mengumpulkan semua bukti perlakuan itu sejak 2015 lagi. Mereka turut melancarkan tabung derma dalam kalangan kelab peminat itu untuk menampung kos guaman.