PELAKON terkenal Lee Minho mendedahkan dia ditawarkan sebanyak KRW900 juta (RM3.3 juta) hanya untuk tampil dalam sebuah acara. Koreaboo melaporkan tawaran itu dibuat kepada Minho untuk menghadiri sebuah acara di Hong Kong dan dia hanya perlu membuat penampilan sahaja. Minho bagaimanapun tidak dapat memenuhi undangan itu namun penganjur terdesak untuk mendapatkannya sehingga sanggup menyediakan pesawat peribadi dan menjemputnya ke acara berkenaan. Pelakon itu akhirnya bersetuju dan penampilannya telah memberi impak sehingga pihak penganjur berjaya membuat keuntungan sebanyak RM36 juta. "Tiada harga tertentu untuk Minho tampil dalam mana-mana acara, kami pun tidak pernah buat keputusan berdasarkan harga yang ingin dibayar. "Tapi harga yang dibayar untuk acara di Hong Kong itu benar-benar melangkaui imaginasi kami," ujar WYM Entertainment iaitu syarikat pengurusan Minho.