suria

Ancaman Bom Untuk Anggota Apink

Anggota kumpulan Apink, Son Naeun menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali baru-baru ini.

AHLI kumpulan Apink, Son Naeun menghadapi detik cemas apabila menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali ketika dia menghadiri acara Dongkuk Love 11 baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan pihak polis mengambil masa selama 20 minit menggeledah lokasi itu sejurus selepas menerima laporan mengenai amaran itu.

Bagaimanapun pihak berkuasa mengesahkan lokasi itu selamat dan ancaman dilakukan itu adalah palsu.

Dalam pada itu, ugutan diterima Son Naeun itu dipercayai adalah individu sama yang mengugutnya dan rakan-rakan Apink pada Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan daripada A Entertainment, mereka sudah mengenali pasti suspek namun individu itu kini berada di luar negara.

"Pihak kami sudah mendapat semua informasi diperlukan dan individu itu akan ditahan oleh Interpol tidak lama lagi," kata kenyataan itu.

Apink

Artikel Lain