suria

Kelly Clarkson Nyaris Bunuh Diri Dipaksa Kurus

Kelly Clarkson dipaksa untuk kekal kurus oleh syarikat rakamannya suatu ketika dahulu

PENYANYI Kelly Clarkson mendedahkan dia nyaris membunuh diri suatu ketika dahulu kerana dipaksa oleh syarikat rakamannya untuk mengekalkan imej kurus.

Menurut US Magazine, dia mula menghadapi tekanan itu setelah menjadi juara musim pertama American Idol pada tahun 2002.

"Pada waktu itu saya berjaya kurus tetapi saya rasa mahu membunuh diri.

"Saya sangat serabut dan merana selama empat tahun," ujar Clarkson.

Tekanan yang diberikan oleh RCA juga menjadi punca utama kenapa dia meninggalkan syarikat rakaman itu.

Kini, Clarkson yang bernaung dalam syarikat rakaman Atlantic sedang giat mempromosikan album terbaharunya, Meaning of Life yang dijangka akan dilancarkan pada minggu ini.

Kelly Clarkson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan