suria

Megan Fox Kesal Bersikap Diva

Megan Fox bersama suaminya, Brian Austin.

PELAKON Megan Fox menyatakan penyesalan akibat sikap divanya sebelum ini sehinggakan dia digugurkan daripada membintangi sekual filem Transformers pada 2011.

Mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama majalah Cosmopolitan, Fox, 31, berkata dia menyesal dengan sikap buruknya itu dan menganggap peristiwa disingkirkan daripada Transformers sebagai saat kejatuhan dalam karier seninya.

"Pada waktu itu saya hanya perlu memohon maaf. Tapi saya degil dan tidak dapat menilai apa yang baik untuk saya.

"Namun jika peristiwa itu tidak berlaku, saya pastinya tidak akan belajar dari kesilapan," katanya.

Fox yang membintangi Transformers pada 2007 bagaimanapun tempatnya diganti aktres Rosie Huntington-Whitely ketika itu.

Megan Fox, Transformers

Artikel Sebelum

Artikel Lain