suria

Ailee Beri Kata Semangat Kepada Peminat

PENYANYI Ailee memberi kata-kata semangat kepada seorang peminat yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kehidupan yang dilaluinya kini.

Peminat tersebut meluahkan perasaan kecewa itu di ruangan komen foto yang dimuat naik oleh Ailee di Instagram miliknya.

"Aku terus meyakiti diriku untuk menutup luka yang sedang aku lalui. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan, hidup aku kini dalam keadaan susah. Aku tidak mahu jadi orang lain dan pura-pura seperti semuanya baik," tulis peminat itu.

Komen tersebut mendapat perhatian penyanyi solo itu yang membalas dengan kata-kata semangat.

Ailee bersimpati dengan nasib yang dilalui oleh peminatnya itu dan meminta dia mencari hobi yang boleh melupakan masalahnya.

"Berceritalah dengan orang disekelilingmu agak masalah itu tidak membebankan. Sibukan diri dan dengarlah muzik atau hobi baru yang menarik," tulis Ailee.

Komen balas Ailee ternyata mencuri perhatian peminat-peminatnya yang lain. Rata-rata peminat kagum dengan semangat dan sikap prihatin penyanyi itu.

Ailee

Artikel Sebelum

Artikel Lain