HUBUNGAN pelakon Laudya Cynthia Bella dengan anak tirinya, Engku Aleesya dilihat semakin akrab. Menerusi rakaman yang dikongsi di laman Instagram, Bella menunjukkan dia sedang menyuap Aleesya menikmati makanan menggunakan tangan. Ketika kejadian, Bella berada di Langkawi bagi menyokong suaminya, Engku Emran yang menyertai acara sukan pada Jumaat lalu. Sebahagian rakaman Bella menyuapkan makanan kepada Aleesya yang disiarkan menerusi Instagram @laudyacynthiabella Sikap penyayang ditunjukkan Bella mendapat pujian netizen terutamanya peminat negara seberang. Menurut portal KapanLagi, kisah kebahagiaan keluarga ini sering menjadi perhatian peminat di Indonesia. Rata-rata peminat di negara tersebut memuji kemesraan Bella terhadap anak tirinya itu dan berasakan pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 layak digelar ibu contoh. Aleesya bersama dua ibu yang popular di Indonesia dan Malaysia. Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira. Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.