PELAKON dan penyanyi Seo Hyun Jin mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Jump Entertainment. Menerusi kenyataan dari agensi tersebut, mereka sudah berbincang dan kontraknya akan tamat selepas drama Temperature of Love. "Selepas berbincang dengan Seo Hyun Jin, kami sepakat untuk tidak menyambung kontrak bersama. "Kami akan menguruskan dirinya sehingga drama lakonannya Temperature of Love tamat," kata wakil agensi.