suria

Pihak Polis Buka Semula Kes Kematian Lil Peep

Pihak polis siasat semula punca sebenar kematian Lil Peep.

PIHAK polis membuka semula siasatan kes kematian penyanyi rap, Lil Peep setelah satu mesej perbualan sulit tersebar.

Menurut laporan Mirror, Jabatan Polis Tuscon bertindak sedemikian setelah menjumpai satu mesej mencurigakan.

"Lil Peep sedang khayal disebabkan saya dan kawan saya," tulis seorang wanita dalam satu mesej.

Tambah wanita itu lagi, dia cuba mengejutkan Lil Peep namun gagal kerana penyanyi itu sudah pengsan.

Polis sebelum ini mengandaikan penyanyi itu mati kerana pengambilan dadah secara berlebihan dan tidak mengesyaki penglibatan orang lain.

Namun, pihak polis bakal memulakan siasatan semula bagi mencari siapa dalang di sebalik mesej itu.

Berdasarkan mesej yang diperoleh, polis akan mencari wanita itu bagi mengenalpasti individu yang memberi dadah berlebihan sehingga menyebabkan kematian Lil Peep.

Lil Peep

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain