suria

'Pengurus' Curi Lagu Britney Spears

Lagu yang tidak pernah dilancarkan oleh penyanyi Britney Spears berjaya dicuri oleh seorang individu yang menyamar sebagai pengurusnya.

SEORANG lelaki telah menyamar sebagai pengurus kepada Britney Spears dengan tujuan untuk mencuri lagu penyanyi itu yang tidak pernah dilancarkan.

TMZ melaporkan lelaki itu menyamar Larry Rudolph iaitu pengurus Britney dan cuba memperdaya syarikat rakaman penyanyi itu, RCA Records dengan meminta lagu-lagu berkenaan dihantar menerusi e-mel miliknya.

Bagaimanapun lelaki itu ditahan pihak berkuasa dan dipercayai dia adalah seorang peguam yang khusus dalam bidang hak cipta.

Pencuri itu menggunakan emel palsu namun ia cukup menyakinkan sehingga menyebabkan syarikat rakaman itu terpedaya dan menghantar lagu-lagu itu seperti diminta.

RCA Records telah menghantar 49 fail digital termasuk 12 lagu yang digubah untuk album Britney berjudul Glory yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Britney Spears, Glory

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain