PELAKON dan penyanyi Hilary Duff sudah kembali berbaik dengan bekas teman lelakinya, Matthew Koma selepas lima bulan berpisah. E! melaporkan Hilary membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program The Talk dan memberitahu keputusannya itu kerana ingin memberi peluang sekali lagi kepada Mathhew. Malah menerusi temu bual itu, Hilary berkata dia boleh memahami apabila penyanyi Selena Gomez kembali bersatu dengan Justin Bieber walaupun mereka nampak seperti sudah meneruskan kehidupan masing-masing. "Hubungan kami semakin utuh. Maksud saya, ini adalah kali ketiga kami bersama dan saya boleh memahami apa yang Selena buat apabila dia kembali ke pangkuan Justin. "Apabila anda mempunyai sejarah dengan seseorang, ia mungkin tidak menjadi pada kali pertama atau kali kedua. "Jika hubungan itu tidak rosak terlalu teruk saya percaya ia masih boleh diselamatkan," katanya.