suria

Harvey Weinstein Paksa Salma Hayek Lakon Aksi Ranjang

Harvey pernah mengugut untuk bunuh Salma yang tidak mahu mengikut kehendaknya.

PELAKON Salma Hayek mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh dari Harvey Weinstein disebabkan tidak mahu mengikut kehendak penerbit filem itu.

Salma berkata, Harvey pernah beberapa kali melakukan salah laku seks terhadapnya ketika dia bernaung sebagai artis bawah syarikat Miramax tahun 1990-an.

Jelas Hayek kemuncak gangguan seks yang diterimanya adalah pada tahun 2002 ketika menjayakan filem Frida.

"Selama bertahun-tahun saya menganggap dia sebagai 'raksasa' dalam hidup saya. Pada 2002, saya memegang watak Frida Kahlo dalam filem Frida.

"Saya dipaksa berkali-kali oleh Weinstein melakonkan aksi ranjang. Saya merasakan waktu itu badan seakan-akan menangis kesakitan kerana dipaksa menggayakan aksi seksi dan mengghairahkan.

"Yang saya kesalkan, bukan kerana perku menjayakan watak tersebut tapi kecawa sebab saya seolah-olah menyajikan semua itu untuknya," jelas Hayek.

Bagaimanapun, Harvey tampil membalas kenyataan tersebut dan menafikan segala dakwaan Salma terhadapnya.

Sebelum ini berpuluh-puluh wanita telah menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual hingga ada yang mendedahkan pernah dirogol penerbit filem terkenal itu.

Salma Hayek, Harvey Weinstein

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain