suria

Benji Maden Saman Kontraktor Rumah RM2 Juta

Benji bersama isterinya, Cameron Diaz.

ANGGOTA kumpulan Good Charlotte iaitu Benji Madden memfailkan saman sebanyak AS$500,000 (RM2 juta) terhadap seorang kontraktor selepas dia mengubah suai kediamannya.

Suami kepada aktres Cameron Diaz itu memfailkan saman itu selepas tidak berpuas hati dengan pengubahsuaian yang dilakukan sehingga dia terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membaiki kerosakan dilakukan.

Pengubahsuaian itu termasuk pada bahagian dapur dan beberapa bilik yang menelan belanja hampir AS$500,000.

Akibat kelalaian kontraktor itu, Benji terpaksa mengeluarkan wang sebanyak AS$78,000 (RM312,00) bagi membuat pengubahsuaian semula.

Benji Madden, Cameron Diaz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain