PENYANYI Miley Cyrus dikhabarkan kini berada di kampung halaman tunangnya yang juga pelakon Liam Hemsworth. Miley dikatakan menghabiskan waktu bersama Liam di kawasan pantai di Byron Bay, Australia dan aksi romantik pasangan ini sempat dirakam paparazi. Menurut Dailymail, mereka dilihat tidak segan menunjukkan kemesraan sehingga ada satu foto dirakam menyaksikan Liam menggendong Miley. Malah, pasangan yang mula dipertemukan dalam filem The Last Song itu juga seronok menikmati saat-saat indah berdua dan berpimpinan tangan. Miley mempamerkan tubuh seksinya dengan mengenakan bikini berwarna putih dan Liam hanya memakai seluar pendek berwarna kelabu. Selain aktiviti pantai, Miley juga sempat menghabiskan waktu bersama dengan keluarga besar Liam. "Miley dengan keluarga Liam memang sudah rapat dan begitu akrab. Mereka pasangan yang sangat secocok," kata sumber.