PENYANYI Ed Sheeran mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan rakan baiknya sendiri, Cherry Seaborn sebelum sambutan tahun baru. Berita gembira tersebut dikongsi sendiri Ed pada Sabtu di laman Instagramnya dan mendapat perhatian peminat. "Saya sudah bertunang sebelum menyambut tahun baru. Saya kenal Cherry sejak umur 11 tahun. Dia bekerja di Wall Street di New York. "Hubungan kami semakin rapat sejak saya ada enam persembahan di sana pada tahun 2015." tulis Ed. Penyanyi yang popular dengan lagu Perfect itu membuat keputusan tersebut selepas menjalinkan hubungan dengan Cherry selama tiga tahun.