NEW YORK: Penyanyi Bruno Mars menyapu bersih kesemua enam kategori yang diterimanya termasuk Album terbaik bagi album studio ketiganya, 24K Magic pada Anugerah Grammy ke-60 yang berlangsung di Madison Square Garden, di sini awal pagi Ahad (waktu tempatan).
Kemenangan Bruno Mars dalam kategori utama penganjuran anugerah muzik terbesar Amerika Syarikat itu adalah yang kali kedua selepas enam tahun memenanginya menerusi album pertamanya, Doo-Wops & Hooligans pada 2012.
Selain Album Terbaik, penghibur berbakat besar itu turut memenangi dua lagi kategori utama iaitu Rekod dan Lagu Terbaik untuk lagu popularnya, That' What I Like dengan menewaskan saingan terdekatnya, Jay Z yang tercalon bagi lagu The Story Of O.J.
Bukan itu sahaja, kehebatan Bruno Mars menyampaikan lagu itu turut menghadiahkan beliau dengan trofi Persembahan R&B Terbaik, Album R&B Terbaik dan Lagu R&B Terbaik.
Alessia Cara pertama kali berjaya merangkul anugerah Penyanyi Baharu Terbaik.
Dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai pemenang Album Terbaik, Bruno memberitahu dia sudah melalui pelbagai cabaran dalam pernigaan muzik seperti dalam filem.
Selain itu, dia turut menjemput kesemua rakan-rakannya yang menjayakan album serta lagunya itu bersama-sama di atas pentas.
"Semua cerita-cerita seram mengenai perniagaan muzik yang anda lihat dalam kebanyakkan filem itu, kami sudah melaluinya semua.
"Dan album ini kali pertama kami semua datang secara kumpulan dan meletakkan lagu dan album itu bersama-sama.
"Jadi ini merupakan penghormatan untuk berkongsi trofi ini dengan semua orang malam ini," kata Bruno Mars yang memperkenalkan rakan-rakan yang turut menjayakan albumnya.
Persembahan Kesha antara yang menarik perhatian di Anugerah Grammy ke-60.
Penganjuran anugerah itu turut diserikan dengan persembahan hebat oleh barisan artis ternama termasuk Kendrick Lamar, Bono, The Edge, Lady Gaga, Mark Ronson, Sam Smith, Pink, Bruno Mars, Cardi B dan ramai lagi.
Acara yang dihoskan oleh pelawak dan pelakon terkenal, James Corden itu turut menampilkan Tony Bennett, Dave Chappelle, Kelly Clarkson, Victor Cruz, Eve, Jim Gaffigan, Katie Holmes, Nick Jonas, Anna Kendrick, Alicia Keys, John Legend, Shemar Moore, Trevor Noah, Sarah Silverman, Hailee Steinfeld dan Donnie Wahlberg sebagai penyampai anugerah.
SEBAHAGIAN DARIPADA SENARAI PEMENANG ANUGERAH GRAMMY KE-60;
Album Terbaik: 24K Magic – Bruno Mars
Rekod Terbaik: 24K Magic — Bruno Mars
Lagu Terbaik: That's What I Like - Bruno Mars
Artis Baharu Terbaik: Alessia Cara
Persembahan Pop Solo Terbaik: Shape Of You - Ed Sheeran
Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik: Feel It Still – Portugal. The Man
Album Pop Vokal Terbaik: ÷ (Divide) - Ed Sheeran
Album Pop Vokal Tradisional Terbaik: Tony Bennett Celebrates 90 – (Various Artists) Dae Bennett, Producer
Rakaman Menari Terbaik: Tonite – LCD Soundsystem
Album Menari Terbaik: 3-D The Catalogue - Kraftwerk
Persembahan R&B Terbaik: That's What I Like - Bruno Mars
Album Kontemporari R&B Terbaik: Prototype - Jeff Lorber Fusion
Persembahan Rap/Nyanyian Terbaik: Humble - kendrick lamar
Lagu Rap Terbaik: Humble - kendrick lamar
Lagu R&B Terbaik: That's What I Like - Christopher Brody Brown, James Fauntleroy, Philip Lawrence, Bruno Mars, Ray Charles McCullough II, Jeremy Reeves, Ray Romulus & Jonathan Yip, songwriters
Persembahan R&B Terbaik: Redbone – Childish Gambino
Album R&B Terbaik: 24K Magic – Bruno Mars
Persembahan Rock Terbaik: You Want It Darker - Leonard Cohen
Persembahan Metal Terbaik: Sultan's Curse - Mastodon
Lagu Rock Terbaik: Run - Foo Fighters, songwriters
Album Rock Terbaik: A Deeper Understanding - The War On Drugs
Persembahan Country Solo Terbaik : Either Way - Chris Stapleton
Persembahan Country Duo/Berkumpulan Terbaik: Better Man - Little Big Town
Lagu Country Terbaik: Broken Halos - Mike Henderson & Chris Stapleton, songwriters
Album Country Terbaik: From a Room: Volume 1 — Chris Stapleton
Album Teater Muzikal Terbaik: Dear Evan Hansen — Ben Platt, principal soloist; Alex Lacamoire, Stacey Mindich, Benj Pasek & Justin Paul, produser; Benj Pasek & Justin Paul, komposer/lirik (Original Broadway Cast Recording)
Album Runut Bunyi Skor Visual Media Terbaik: La La Land — Justin Hurwitz
Lagu Visual Media Terbaik: How Far I’ll Go — Lin-Manuel Miranda, Penulis lirik (Auli’i Cravalho)
Album Kanak-kanak Terbaik: Feel What U Feel — Lisa Loeb