suria

Muflis Bukan Isu Besar Buat 50 Cent

50 Cent memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa walaupun pernah diisytiharkan muflis.

PENYANYI rap 50 Cent menjelaskan dia tidak melihat keadaan dirinya yang kini muflis sebagai satu isu besar.

Sebaliknya kata 50 Cent, dia bukannya jatuh miskin seperti disangkakan sesetengah pihak sebaliknya menyifatkan keadaan kewangannya dalam keadaan disusun semula.

"Muflis bukan perkara besar, ia cuma pengurusan semula dan bukannya saya jatuh miskin," katanya seperti dilaporkan The Guardian.

Penyanyi lagu Get Rich or Die Tryin itu pada Julai 2015 memfailkan muflis selepas seorang wanita dikenali sebagai Lastonia Leviston memenangi saman berjumlah AS$7 juta (RM28 juta) terhadapnya.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Curtis Jackson itu bebas daripada senarai muflis selepas dia membayar hutang tertunggak dilaporkan sebanyak AS$22 juta (RM88 juta).

Enggan menoleh ke belakang mengenai pengalaman pahit dilaluinya, 50 Cent berkata, dia kini berada dalam keadaan baik selain menjadikan lakonan sebagai jalan keluar dalam mencari dirinya yang sebenar.

Malah penyanyi rap itu kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Den of Thieves yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

"Lakonan membolehkan saya menjadi orang lain dan ia sebagai jalan keluar kepada semua perkara. Ia juga menyeronokkan!," katanya.

50 Cent

Artikel Lain