PENYANYI rap Cardi B nyaris menjadi mangsa baham seekor harimau bintang ketika menjalani penggambaran muzik video lagu hitnya, Bodak Yellow. Pengarah muzik video itu, Picture Perfect mendedahkan perkara itu baru-baru ini ketika ditemubual oleh majalah People. Menurutnya, haiwan liar itu tiba-tiba mengganas ketika penggambaran berlangsung dan ketika itu Cardi sedang memegang tali yang diikat pada leher harimau bintang itu. Haiwan berkenaan tiba-tiba mengganas namun tindakan pantas kru dan penjaga haiwan tersebut menyelamatkan nyawa penyanyi rap itu. Muzik video itu menjalani penggambaran di Dubai. Bagaimanapun babak tersebut tidak digunakan dalam muzik video berkenaan.