suria

Sunye Selesa Bersalin Di Rumah Berbanding Hospital

Sunye pilih bersalin di rumah kerana lebih selesa.

BEKAS anggota kumpulan Wonder Girls, Sunye lebih selesa melahirkan anak di rumah berbanding di hospital.

Sunye mendedahkan perkara itu menerusi rancangan berjudul Stranger yang bersiaran baru-baru ini.

"Saya tidak biasa dengan keadaan persekitaran di Kanada dan saya tidak mahu melahirkan anak di hospital yang saya tidak berapa biasa.

"Jadi perkara itu membuatkan saya lebih selesa untuk bersalin dirumah sendiri," katanya yang kini menetap di negara berkenaan.

Sunye berkahwin dengan usahawan bernama James Park pada 2013 dan telah melahirkan dua anaknya, Park Eun Yoo, 5, dan Elisha, 2, di rumahnya.

Sunye

Artikel Lain