ANGGOTA kumpulan CLC iaitu Seungyeon terpaksa menanggung malu apabila secara tidak sengaja mendedahkan coli dipakainya kepada peminat yang sedang menonton persembahannya baru-baru ini. Koreaboo melaporkan ketika kejadian Seungyeon yang sedang menari secara tidak sengaja terselak bajunya sehingga menampakkan pakaian dalam dipakainya. Ketika itu CLC sedang menyanyikan lagu terbaharu mereka yang berjudul Summer Kiss. Dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas menonton kembali rakaman persembahan berkenaan.