suria

Lintah, Seks Rahsia Awet Muda Demi Moore

Demi Moore dedah rahsia awet muda.

PELAKON Demi Moore mendedahkan rahsia wajahnya kekal awet muda dan tidak dimamah usia meskipun usia dia kini sudah menjangkau 55 tahun.

Menurut laporan Heatline, Demi mengamalkan rawatan lintah bagi membersihkan darah kotor yang ada pada tubuhnya.

Manakala, menerusi portal Daily Mail, dia turut berkongsi rahsia mengekalkan tubuh sihat dengan melakukan aktiviti seks bersama pasangan.

"Selain lintah, Demi turut menjalinkan hubungan seks dengan pasangannya sehinggakan dia hampir lupa mengenai umur," tulis laman tersebut.

Penampilan seperti wanita berusia 20-an tidak membuatkan Demi kelihatan terlalu tua untuk mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana jejaka lebih muda.

Selepas perkahwinannya dengan Ashton Kutcher berakhir pada tahun 2013, Demi dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Nick Jonas yang berbeza usia hampir 30 tahun.

Malah, ada sumber memaklumkan, Demi sendiri mengakui dia menyukai lelaki yang memiliki usia lebih muda.

Demi Moore

Artikel Lain