PENYANYI The Weeknd mendedahkan dia pernah berhasrat ingin mendermakan salah satu buah pinggangnya kepada bekas kekasihnya, Selena Gomez. Pada tahun lalu, Selena Selena, 25, mengejutkan peminatnya apabila dia disahkan menghidap penyakit Lupus yang menyebabkan buah pinggangnya rosak. "Apabila Selena dapat tahu dia memerlukan buah pinggang, dia sangat terkejut dan takut. Abel tetap bersama dia macam mana pun. "Malah, dia terus beritahu Selena yang dia sesuai dan sanggup derma salah satu buah pinggangnya. "Dia terlalu sayangkan Selena dan sanggup melakukan apa sahaja demi penyanyi wanita itu," kata sumber terdekat kepada Hollywoodlife. Bagaimanapun, ketika itu The Weeknd sudah melakukan pemeriksaan dan keputusannya tidak sesuai. Walaupun The Weeknd tidak dapat menderma, Selena bertuah kerana menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya Francia Raisa. Sebelum ini, The Weeknd dan Selena pernah menjalinkan hubungan selama 10 bulan sebelum berpisah pada Oktober tahun lalu.