HUJUNG minggu lalu, kecoh apabila penyanyi The Weeknd dan model Bella Hadid dilaporkan menghabiskan masa bersama ketika berlangsungnya Festival Muzik Coachella. Malah bekas pasangan kekasih itu dikatakan seperti dilamun cinta dan sentiasa bercumbu-cumbuan ketika berada di festival itu. Bagaimanapun E! melaporkan Bella menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan dia bukan wanita yang didakwa bersama The Weeknd. "Ia bukan saya," katanya ringkas menerusi Instagram. Penjelasan Bella segera mengalih perhatian peminat yang menunding jari kepada seorang DJ dan penerbit, DJ Chantel Jeffies. Kemunculan mereka di festival itu menguatkan spekulasi mereka sedang menjalinkan hubungan cinta selepas The Weeknd berpisah dengan Selena Gomez.