PENYANYI berasal dari Indonesia Agnez Monica dilaporkan baharu sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman 300 Entertainment. Syarikat rakaman tersebut dinaungi beberapa artis popular antarabangsa antaranya Brooklyn Queen, Fetty Wap, Meg, Mac, T Wayne dan Young Thug. Perkara itu diumumkan sendiri di laman web rasmi pengurusan tersebut pada Rabu. "Kami meneruskan membina kerjaya artis antarabangsa, kami percaya ada bakat terpendam di seluruh dunia, Agnez merangkumi etika 300 Entertainment. Saya berbangga memiliki Agnez dan pasukan sebagai rakan kongsi," kata pengasasnya CEO Kevin Liles. Sementara itu, Agnez berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan syarikat rakaman terkenal itu. Dia yakin syarikat itu dapat memberi pembaharuan dan kemajuaan dalam kerjaya seninya di peringkat lebih tinggi.