suria

Mark (GOT7) menangis dihadapan peminat

Mark (GOT7) tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu mengenai kematian nenek kesayangannya ketika sedang mengadakan konsert.

ANGGOTA kumpulan GOT7, Mark tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahun nenek kesayangannya meninggal dunia ketika dia sedang sibuk menghiburkan peminat.

Koreaboo melaporkan Mark mendapat tahu mengenai perkara itu selepas bapanya, Raymond Tuan memaklumkan perkara itu menerusi Twitter.

Mark yang tidak dapat menahan sebak menangis teresak-esak dihadapan peminat yang membanjiri konsert 'Eyes on You Seoul' baru-baru ini.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memahami dan memberi semangat kepadanya bagi mengharungi saat sukar kehilangan ahli keluarganya.

Mark bersama anggota kumpulan itu tetap meneruskan persembahan sehingga selesai sebelum Mark pulang bagi menziarahi mendiang neneknya.

GOT7, Mark

Artikel Lain