PELAKON Song Ji Hyo menjadi perhatian netizen apabila foto lama dia menggayakan pakaian renang tersebar di laman sosial. Penyebaran gambar tersebut menjadi perbualan netizen yang memuji kecantikan bentuk tubuh pelakon itu yang langsing dalam seksi ketika memakai bikini. Ada juga bertindak mengecam tindakan sebuah blog yang memuat naik gambar tersebut kerana dilihat cuba memalukan Ji Hyo dengan menyebarkan gambar tersebut kepada umum. Koreaboo melaporkan gambar itu diambil ketika pelakon itu menjalani penggambaran filem berjudul Sex is Zero 2 sekitar tahun 2007.