suria

Kru dedah hubungan romantis pelakon ‘The Grand Prince’

Yoon Shi Yoon dan Jin Se Yeon didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta namun gosip itu disangkal oleh pihak pengurusan mereka.

GOSIP mengatakan pasangan pelakon Yoon Shi Yoon dan Jin Se Yeon bercinta sedang hangat diperkatakan terutama dalam kalangan peminat.

Hubungan pasangan itu dikatakan akrab sejak kedua-dua mereka terlibat dalam drama bersiri The Grand Prince.

Malah kru penggambaran drama itu turut mendakwa pasangan tersebut sering menghabiskan masa bersama walaupun tiada babak melibatkan mereka.

"Kemesraan ditonjolkan Shi Yoon dan Se Yeon tidak dapat disorok dan semua yang memandang perasan bahawa mereka sedang dilamun cinta," ujar salah seorang krew seperti dilaporkan Koreaboo.

Bagaimanapun seperti kebiasaan, gosip tersebut mendapat campur tangan pihak pengurusan mereka yang menyangkal dakwaan tersebut.

"Apa yang dikatakan itu tidak benar. Baik Shi Yoon atau pun Se Yeon mereka bukannya bercinta cuma bersahabat baik," kata wakil pengurusan Shi Yoon.

Yoon Shi Yoon, Jin Se Yeon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain