suria

Dapat 35.9 juta tontonan, ‘Fake Love’ BTS gagal pecah rekod PSY

BTS gagal memecahkan rekod yang dipegang oleh Psy di Youtube.

MUZIK video terbaharu kumpulan Kpop terkenal, BTS berjudul Fake Love yang baharu sahaja dilancarkan di YouTube berjaya meraih 35.9 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun jumlah itu gagal mengatasi rekod muzik video penyanyi Psy menerusi lagu Gentleman yang mencatat rekod 36 juta tontontan dalam tempoh sama.

Meskipun gagal memecah rekod tersebut, BTS masih mencipta sejarah tersendiri apabila menduduki tempat ketiga di seluruh dunia bagi jumlah tontonan paling banyak dalam 24 jam di YouTube.

Tempat pertama diungguli oleh Taylor Swift menerusi lagi Look What You Made Me Do manakala tempat kedua milik Psy.

Dalam pada itu, Youtube turut mengesahkan Fake Love adalah muzik video paling tinggi tontonan dalam 24 jam pada 2018 setakat ini.

Selain itu, Fake Love juga berjaya memecah rekod Taylor Swift apabila mendapat 10 juta tontontan hanya dalam masa kurang lima jam.

BTS, Fake Love, PSY

Artikel Lain