ANGGOTA kumpulan Block B, Taeil memberitahu dia menyangka akan mati selepas seminggu menyertai rakannya yang juga penyanyi Kim Jong Kook bersenam di pusat kecergasan. Taeil mendedahkan dia sebenarnya menyertai Jong Kook bersenam secara tidak sengaja kerana pada awalnya dia bertemu penyanyi itu untuk berbincang mengenai lagu duet mereka. "Pada awalnya saya bertanya Jong Kook tentang perkembangan lagu duet kami dan dia mengajak saya pergi ke gimnasium untuk berbincang mengenai perkara itu. "Saya pergi ke sana dengannya buat pertama kali selama seminggu dan saya memang menyesal kerana ingat saya akan mati. "Ini kerana dia memaksa saya untuk bersenam dengannya," katanya seperti dilaporkan Soompi. Taeil membuat pendedahan itu ketika menghadiri program The Call pada Rabu lalu.