suria

Populariti drama punca Lee Yi Kyung & Jun In Sun berpisah

Lee Yi Kyung dan Jung In Sun berpisah selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

TIDAK sampai dua bulan mendedahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, pasangan pelakon Lee Yi Kyung dan Jung In Sun dilaporkan sudah berpisah.

Koreaboo melaporkan punca perpisahan pasangan itu disebabkan jadual mereka yang semakin padat sejak kedua-duanya muncul dalam drama bersiri berjudul Waikiki.

Sejak itu, baik Yi Kyung dan In Sun mendapat perhatian luar biasa peminat dan syarikat produksi yang berebut-rebut mengambil mereka dalam program atau drama terbitan mereka.

Kesibukan itu menyebabkan hubungan pasangan itu semakin renggang sebelum mengambil keputusan berpisah.

Bagaimanapun pasangan itu akan terus kekal berkawan dan perpisahan itu dibuat secara bersama.

Lee Yi Kyung, Jung In Sun

Artikel Lain