ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Seungi dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta. Sumber terdekat penyanyi itu mendedahkan teman wanita penyanyi itu bukan dalam kalangan selebriti sebaliknya adalah wanita biasa. Bagaimanapun wanita itu dikatakan berada dekat dengan industri hiburan dan bekerja dalam bidang penyiaran televisyen. "Seungri memang sedang bercinta dengan seorang pekerja dalam bidang penyiaran dan bukannya selebriti," kata sumber seperti dilaporkan Koreaboo. Sumber itu turut mendedahkan walaupun wania itu bukan seorang selebriti namun kecantikannya setanding dengan nama-nama besar dalam industri hiburan di Korea Selatan. Syarikat pengurusan Seungri ketika diminta mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun memberitahu pihaknya tidak dimaklumkan mengenai hubungan tersebut. "Kita akan bertanya dengan Seungri terlebih dahulu sama ada berita itu benar atau pun sebaliknya," kata wakil YG Entertainment.