suria

Netizen minta bantuan selepas disaman pengurusan BTS

Nama kumpulan BTS kini sedang berada di puncak selain meraih populariti di Amerika Syarikat.

SEORANG netizen memuat naik status meminta tolong dan meluahkan rasa kecewanya selepas dia menerima surat saman berhubung dakwaan memfitnah kumpulan BTS di laman sosial.

Koreaboo melaporkan individu tersebut diminta menyerahkan diri bagi membantu siasatan di balai polis sebelum 2 Julai ini atau dia berhadapan waran tangkap.

Saman itu dihantar kepadanya menerusi syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertaiment.

"Saya keseorangan sekarang dan tiada siapa termasuk keluarga tahu mengenai perkara ini.

"Saya tidak pernah meninggalkan komen negatif dan bolehkah saya menyaman mereka kembali? Berapa yang perlu saya bayar?

"Sudahlah saya tidak bekerja sekarang berhadapan saman pula," tulisnya.

Individu itu didakwa mengeluarkan komen berbaur fitnah terhadap BTS yang mampu meninggalkan impak dan kesan negatif kepada kumpulan itu.

Sementara itu, peminat setia BTS melahirkan rasa gembira terhadap Big Hit Entertainment yang akhirnya mengambil langkah agresif terhadap netizen yang mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap kumpulan itu di media sosial.

BTS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain