PENAMPILAN terkini pelakon Park Bo Gum dengan gaya rambut yang berlainan meninggalkan tanda tanya peminatnya. Pada bulan Mac lalu, Park Bo Gum telah menyimpan rambutnya sehingga panjang menjadi bualan hangat netizen. Namun, sekali lagi Park Bo Gum mengejutkan peminatnya dengan potongan rambut yang lain daripada lain. Rata-rata mereka membuat andaian bahawa penampilan itu untuk watak dalam drama terbaharunya.