PENYANYI Teddy Geiger memberitahu dia bersedia untuk berkongsi kisah mengenai proses perubahannya menjadi seorang wanita. Teddy berkata, dia berasa selesa untuk bercakap mengenai perkara itu kerana merasakan masyarakat menerima perubahannya dengan baik tanpa sebarang prejudis. "Saya rasa bebas dan lebih terbuka sekarang... Masyarakat dan peminat pun terima saya seadanya," katanya. Penyanyi berusia 29 tahun itu buat pertama kali tampil sebagai seorang wanita pada Oktober tahun lalu.