suria

Kim Woo Bin perlu masa untuk pulih

Kim Woo Bin belum ada perancangan untuk membuat kemunculan semula selepas disahkan menghidap kanser tahun lalu.

PELAKON Kim Woo Bin masih belum mempunyai perancangan untuk membuat kemunculan semula biarpun sudah sembuh daripada penyakit kanser dihidapinya.

Pihak pengurusannya memaklumkan pelakon itu masih memerlukan tempoh yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya agar penyakit itu tidak kembali menyerang.

"Walaupun rawatan untuk kanser sudah lengkap tapi akan mengambil masa panjang untuk dia pulih sepenuhnya.

"Agak sukar untuk memberitahu mengenai statusnya kini... Belum ada lagi perancangan untuk kemunculan semulanya," kata agensi menerusi laporan Soompi.

Sebelum ini, agensi Woo Bin mengesahkan pelakon itu menghidap kanser dikenali sebagai Nasopharyngeal tahun lalu.

Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.

Bagaimanapun, Woo Bin, 29, bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain.

Woo Bin sebelum ini popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir.

Kim Woo Bin

Artikel Lain