suria

Cardi B tolak tawaran lumayan siar gambar anak

Cardi B menolak tawaran bernilai jutaan dolar daripada pihak penerbitan yang mahukan hak menyiarkan wajah anaknya.

PENYANYI rap Cardi B menolak tawaran bernilai jutaan dolar daripada pelbagai penerbitan yang ingin mendapatkan hak menyiarkan foto eksklusif bayi perempuannya, Kulture Kiari Cephus.

TMZ melaporkan Cardi tidak berminat untuk memaparkan wajah anaknya kepada dunia kerana ingin menjalani kehidupan normal bersama anaknya buat masa ini.

"Cardi mendapat pelbagai tawaran lumayan bagi menyiarkan foto anaknya tetapi dia menolaknya.

"Apa yang dia mahukan sekarang adalah menjadi seorang ibu dalam suasana normal dan memberi fokus kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan.

"Mungkin apabila Kulture sudah besar sedikit barulah dia akan menunjukkan foto anaknya," kata sumber.

Cardi, 25, selamat bersalin pada 10 Julai lalu.


Cardi B

Artikel Lain