PENYANYI Hyuna bikin heboh apabila tampil seksi di atas pentas ketika mengadakan persembahan di Midnight Picnic Festival 2018 di Kangwondo, Korea Selatan. Bekas ahli kumpulan 4Minute yang memakai baju berwarna kuning dan berseluar jean biru itu secara tiba-tiba membuka bajunya. Dia yang membawakan lagu Red itu hanya memakai coli ketika meneruskan persembahan pentas. Penonton pula bersorak kerana menganggap aksi tersebut terlalu berani. Perkara itu turut mendapat perhatian netizen di laman sosial yang menganggap tindakan itu melanggar peraturan. Selain Hyuna, festival tersebut turut dimeriahkan oleh pemuzik Korea lain seperti Gray, Dj Doc, Nuskal dan Dart.