ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk pada pukul 5 pagi, Selasa. Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya Label SJ memberitahu doktor mengesahkan Leeteuk mengidap penyakit batu hempedu. "Hari ini (Selasa) lebih kurang pukul 5 pagi, Leeteuk dikejarkan ke hospital gara-gara sakit perut yang teruk. "Doktor mengesahkan dia mengidap penyakit batu hempedu," kata wakil agensi. Disebabkan itu, Leeteuk tidak akan menyertai konsert SMTOWN di Osaka pada 28 Julai ini. Malah, dia akan berehat sepanjang minggu ini sehingga keadaannya sembuh sepenuhnya.