suria

Demi Lovato kesal tindakannya hampir ragut nyawa

Demi bakal jalani rawatan pemulihan.

PENYANYI Demi Lovato menangis apabila dia mengetahui kehidupannya hampir berakhir gara-gara pengambilan dadah secara berlebihan.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu Demi terlalu sayangkan kehidupannya.

"Demi menangis bila dia tahu yang dia hampir mati. Dia sangat sayangkan kehidupannya dan mahu hidup.

"Sebab itu dia sanggup menjalani rawatan pemulihan. Demi tidak tahu keadaannya serius sehinggalah keluarganya menjelaskan ketika di hospital.

"Demi tahu dan faham situasinya sebab itu dia ambil keputusan untuk menerima segala pertolongan yang diperlukan," kata sumber.

Demi ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan di kediamannya di Hollywood Hill pada 24 Julai lalu.

Dia dilaporkan kembali berhibur di kelab malam dan pesta secara tidak langsung terdedah dengan penyalahgunaan dadah itu semula.

Demi mula mengambil barang terlarang itu sejak berusia 17 tahun akibat tekanan kerja dan pergaulan bebas.

Bagaimanapun, sebelum ini dia menjadi aktivis melawan ketagihan dadah dan alkohol.

Demi Lovato

Artikel Lain