PENYANYI Ariana Grande mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran segmen Carpool Karaoke untuk program The Late Late Show with James Corden pada Selasa lalu. Ariana, 25, menerusi Instagramnya turut memuat naik video mengesahkan kejadian itu selain menunjukkan tangannya yang berbalut. Penyanyi lagu Bang Bang itu juga sempat berjenaka mengenai kejadian itu namun memberitahu ia tidak serius. Ariana tampil menerusi segmen popular itu sebagai promosi album terbaharunya, Sweetener yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.