suria

Jeon Somi batal kontrak eksklusif bersama JYP Entertainment

Jeon Somi kini bergerak solo tanpa pengurusan mana-mana agensi.

BEKAS peserta program Produce 101, Jeon Somi dan JYP Entertainment mencapai kata sepakat untuk membatalkan kontrak eksklusif bersama syarikat pengurusan artis terkenal itu.

Soompi melaporkan keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan dibuat dengan penyanyi itu baru-baru ini.

Bagaimanapun tidak didedahkan apakah punca sebenar kontrak itu dibatalkan.

"JYP Entertainment dah berbincang dengan artis kami, Jeon Somi dan mendapat kata sepakat untuk membatalkan kontrak eksklusifnya.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeon Somi dan peminatnya yang sentiasa berada bersama kami sehingga kini. Terima kasih," tulis agensi itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Jeon Somi dikatakan bakal menjadi salah seorang anggota Girl Group agensi tersebut bersama Ryu Jin.

Jeon Somi

Artikel Lain