suria

Masalah ketagihan Ben Affleck punca Lindsay Shookus pilih perpisahan

Lindsay mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ben selepas setahun bersama kerana tidak tahan dengan masalah ketagihan alkohol lelaki itu.

MASALAH ketagihan alkohol yang dialami pelakon Ben Affleck sebenarnya menjadi punca perpisahannya dengan Lindsay Shookus baru-baru ini.

People melaporkan Lindsay yang juga penerbit program Saturday Night Live (SNL) itu tidak dapat bertahan lagi dengan sikap buruk pelakon itu selain gagal membantunya memulihkan masalah ketagihan dihadapinya.

"Sebenarnya sukat buat Lindsay untuk berpisah dengan Ben tetapi dia tahu Ben tidak akan berubah dan sudah tiba masanya dia mengalah.

"Dia sudah cuba yang terbaik untuk kekal bersama Ben dan membantu masalah dihadapinya namun gagal," kata sumber.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan berpisah selepas setahun menjalinkan hubungan cinta kerana faktor lokasi mereka yang berbeza.

Sementara itu, isteri Ben, Jennifer Garner, berjaya memujuk pelakon itu untuk menjalani rawatan ketagihan alkohol yang dialaminya selepas berkunjung ke rumah lelaki itu Rabu lalu.

Walaupun sedang dalam proses perceraian, Ben dilihat menaiki kenderaan Jennifer dipercayai untuk ke pusat pemulihan.

Lindsay Shookus, Ben Affleck

Artikel Lain